Tuesday 31 May 2011

masalahhhhh @_@

yang jadi masalahnya, laptop ak ni gila cket..eh, bkn laptop laa..tp internet connection yg slow..


aku takleh nak login pape pom..skali dah sign out, takleh nak login balik..kalu nak login jugak, kena guna broadband laa..sebelum ni okay laa lagi sebab aku tak sign out lagi account fb aku kat mozilla..kat google chrome ngan  IE memang dah lama dah logout sebab member aku nak login die punya, tapi takleh,,hehe,,tak dapet laa den nak nolong,,tapi, ni yang kat mozilla pon di log outnya..adei,,merana keboringan laa aku..nak tunggu broadband balik..haha..takpelaa, layan netlog laa jap,,takpon tengok maharaja lawak kat youtube..ngeh3

aikk, sjk ble lak ak minat maharaja lawak lak ni??

GO SEPAH!!!







Monday 30 May 2011

i'm bored :(


yelaaa..nak study doh nie,,study kat fb ngan blog,,wahhahahaha
alaaa..SEM 2 ni, aku rasa sume subjek cam boring jer,,

PROGRAMMING
ENGLISH II
THINKING SKILL
ISLAMIC STUDIES

haaa...ni laa list subjek yg aku amek SEM ni..yang islamic studies tu, takde laa boringg sangat sebab ustazah best..garang tapi best ah,,baru laa terPUSH sikit nak study..hehe
kalau thinking skill ngan programming tuh,,damn! bedtime story kot..haha


tapi, walau macam mana boring pon subjek tuh, aku tengah semangat nih!! maklumlaa, SEM baru laa katakan..study, study, study,

Sunday 29 May 2011

ada tapi takde =.='

kenapa entri ni cam pelik jer bunyinyer??biar jer laa..just nak post benda ni jer...hehe, aku pon  tak tau laa nape yang aku bleh tergelak2 baca statement yang aku jumpa kat fb ni,,tapi ni sume adalah realiti hidup :)


usia remaja: ada MASA ,ada TENAGA,tp takda DUIT


usia bekerja: ada DUIT,ada TENAGA,tp takdak MASA


usia tua: ada MASA,ada DUIT,takdak TENAGA......








Wednesday 25 May 2011

keGEGElan teMan rUmAh kuss

teman rumah?? HOUSEMATE laaa..apa lagii..hehe
yeeee..diorang memang sangat GEGE, aikk, GEGE pon tak paham ke? eish, tanya laa sape2 orang klate, kalau die cakap tak tau jugak, hempuk kepala die ngan kerusi, meja pon takpe gak, baru tragik sket..haha
meh aku perkenalkan sorang2 eh..okey2 mula ngan rumate aku ek

IZZATY

die ni laa AJK hiburan kat umah ni,,potpet2 25 jam..mulut die akn brenti bila die tido jer..haha..bangun jer, trus bunyi..eish, xdapet nk nolong..

MIRA
die ni plak, ada style2 minah saleh sket..dari bab mkn smpailaaa bab bercakap..haha,,ak ase die ni tersilap amek course kot..sepatutnya die amek course yg ad bau2 bacang ngn mknn..hehe..sume psl nutrient mknn die tau..xpyh nk google laa..tnya jer die..ngeh3

LEAYA

mak aihh,,minah nie..susah gler nk cri gmbar die yg posing straight cm ni..sume gambar die kepala senget..alaaa, ak xnk laa laa letak kt blog ak ni gmbr senget..nnti dengan korang skali TER senget jugak..haha, leaya BEKENG tp 'dlm hati ada taman' snsetif gak tuss..huhu

NAD
heeee..gerammnya ak, ak pon dah xtau mna nk cekau gmbr die nie, last skli ak amek jer laa gmbr msa annual dinner dlu,,hehe,,die pkai tdung merah..wahahaha,,crik ah sndiri..die ni fanatik ngn K POP..ak lak fanatik ngan KRO POP lekor..haha..NAD the BOS!!tabikk spring!haaa

NISAH
hahahaha,,ak dh blur sgt dah ni..tbe2 ak jmpa gmbr ni kt laptop ak..stu pon xde gmbar nisah ni..hahaha..nk amek kt fb pon sume dh diprivatekn gmbr die..PADAN MUKA nisah..ksian nisahhhhh :(

FATIHAH
hok duk blake tuh..haahaha..die skali kos ngn ak, so, sem 2 ni, kitorg g kls skli laa skmo,  ngn hawa jgop..die ni, jenis ngok laa jgop kdg2, ak pon apa lagi..join skaki ah..haha

HAWA
hawa nabilah..ex LDP kat mrsm jeli..yg pkai tdung itam..hahaha,,mmg nampk ah ciri2 LDP tuh..dgn garangnya, tp ble senyum, cair abih taik mata,,hahaha,,sweet jaw

ATEH

nama die fathilah, tp panggil ateh jer..orangnya lembut jew..ateh slalu pening2 lalat..blur skmo..nk ketuk pon xsmpai ati..kesian,,hahaha,,

AFIQAH

die ni, asyek busy jer..jarang2 lekat kat umah...PM pon cnfirm nangis tgk die ni, busy sgt,,hahaha,,kalu ad kat umh pon, kje die, ngadap laptop baca novel kat http://penulisan2u.blogspot.com/ ni jer laa aktviti msa lapang beliau..hehe
gmbar ni diambik msa dia kecikk.,kuikui

hadoiii, penatnya aku nak cari gambar sorang2, bukan senang tau, diorang ni sume macam pemalu sikit..hehe..tipu jer..hahahha..okey laa..letih dah,,uaaarghhh!! mengantuk laa pulak, ok, chioa!!











Tuesday 24 May 2011

BUDAK HILANG!!!


URGENT!!

KEPADA SESIAPA YANG TERJUMPA BUDAK INI, SILA HUBUNGI PIHAK POLIS DENGAN SEGERA. KERJASAMA DARIPADA SEMUA PIHAK AMAT DIPERLUKAN.

segala butir2 peribadi adalah seperti berikut:

NAMA: nor fazleen zakaria (biasa dengan panggilan FAZLEEN RONGAK)
NO. SURAT BERANAK: *mna ak tau, tnya dye sndiri ah nnti,,hehe
TEMPAT BELAJAR: tadika puncak perdana( pendidikan khas kot)
HEIGHT & WEIGHT : xsure laa plop, msa hilang 2 kecik lg, skrg dh tua kot..ngeh3


kanak2 ini dipercayai hilang semasa ibunya sedang sibuk membeli belah di pasaraya KB mall. mangsa dipercayai telah dibawa lari oleh seorang lelaki yang berpewatakan mencurigakan.

lelaki ini disyaki terlibat dlm kes penculikan knk2 tersebut

mangsa dipercayai telah dipujuk dengan sebutir lolipop oleh lelaki berkenaan. mangsa terlompat2 seperti monyet termakan cili selepas mandapat lolipop tersebut. keadaan ini langsung tidak menimbulkan kecurigaan kepada pengunjung lain kerana sememangnya mangsa suka melompat2 dan sangat mahir dalam membuat aksi LOMPAT JAUH..(penulis nk ngilai jap deh..WAHAHAHAHAHAHA). maaf, ok, kte smbung eh, mangsa juga pernah digelar sebagai RATU LOMPAT JAUH semasa di MRSM PENGKALAN CHEPA. ibu mangsa hanya menyedari kehilangan mangsa sejam kemudian dan terus membuat pengumuman di kaunter, namun, setelah beberapa jam, mangsa gagal dijumpai, ibu mangsa terus membuat laporan polis.


gmbr ini tlh berjaya dirakm oleh CCTV yg trdpt d KB MALL

 kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kehilangan kanak2 ini, anda diminta untuk menghubungi spe2 jer lah..hahahahha-TAKBERNAMA


i'm bAck!!

yaaa..lama dah tak update blog ni, maklumlaa,,busy ngan exam, pastu, balik umah plak takde internet, bangang punyer budak, kable letrik pon nak curi ke?? eish, yang susahnya, akuuuu jugakk,,hahaha, 
yupp!sekarang dah bleh on9 balik sebab aku dah ada kat UTP,
iyaaa..inilah UTP terchentai..ngeh2


yang bestnyer, internet free kat cni bhaii, tapi a bit slow laa,,neva mind ah, janji bleh on9,,ok, stop sini ah, entry ni just to inform that I'M BACK!! cioa!

Tuesday 3 May 2011

farisya dah bertukar jadi AVATAR!!

eh...kenapa botak nieee??? haaa..bdop kecik ni dah takder rambut laa..dah macam laki laa pulak..aduss

avatar the last bender..hehe

hahahaha..last2, botak jugak ank sedare aku ne..alaaa, xsempat nak tengok dia masa ada rambut lagi..sdeyh nyeee..tengok pon dalam gambar jer..adeii, rindunya nak balik rumah..eisy, lupa pulak, farisya botak sebab bercukur laaa (aqiqah) bukan pape pomm..hehehe

alalalala..bagosnyaa..rndu ko pok su pik laa plop..nk kol ah kjp..hehe
 ehem ehemm..nak tahu lebih lanjut pasal aqiqah??
baca laaaaaa....ZZzzzzz
PENGERTIAN ‘AQIQAH
  • ‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala
HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH
  • Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
 WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
  • Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut. 

  • Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya: 
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)

 SYARAT ‘AQIQAH
  1. Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.

  2. Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur. 
 PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH
  1. Berdoa semasa hendak menyembelih: 


     بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
    Maksudnya: 
    "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".

  2. Menyembelih ketika matahari sedang naik.

  3. Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan. 

  4. Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya. 

  5. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin. 

  6. Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu. 

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK
  1. Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir. 

  2. Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya. 

  3. Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.  

  4. Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang. 

  5. Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.  

  6. Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya. 

  7. Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya. 

  8. Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut. 
  9. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

HIKMAH ‘AQIQAH
  1. ‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
  2. Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
  3. Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
  4. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan. 
  5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
  6. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
 Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.
Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban: 
  1. ‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah. 

  2. Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin. 

  3. ‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il. 

  4. Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.




Sunday 1 May 2011

kacau

You can never go home again, but the truth is you can never leave home, so it's all right.  ~Maya Angelou


hurmmm...aku pon tak tahu laa kenapa hatiku kacau sangat akhir2 nie..mungkin stress sebab nak exam?entahlaa..tapi aku rasa hidup aku macam robot sebelum ni, macam takde perasaan, tapi sekarang??? entahlaa tapi, yang pasti, aku memang dah tak sabar sangat2 nak balik..aku dah rindu sangat dengan maa and ayah,,


adik beradik aku pon sume ada kat rumah kecuali abe madi..hmmm..lagi satu, setiap kali aku duk sorang2, mesti aku teringat kat kawan2 kat pc dulu..walaupon diorang tu ngoks cket, tapi aku selesa..aku nak jumpa korang sume!!! lynn, erah, yea..rindu nak amek gambar ngan sep mg, pastu posing gaya2 hok ngok ngek..sume tu tinggal kenangan