Wednesday, 27 June 2012

berSUPERMAN di jalann raya

kenal tak superman? kalau tak kenal, u're not owesomeee..ngeh3, pada tanggal 25 june 2012, aku dan fatihah telah berjaya membuat aksi superman!
hebat tak?? nak try? terjunlah dri bgnn tingkat 15
opssss..lupa nak bagi salam, assalamualaikum~~
yaaa, terasa diri sangat hebat..apa yang hebatnya? ye laaaa, hebat kot, boleh landing atas jalan, hujan pulak tu masa tu..haha, tu laa kejadian yang memalukan, tihah, sampai sekarang tak hilang2 lagi trauma dia, dia je yang tanak ngaku..orang suh pegi klinik tanak..hew2..

tapi yang paling best, masyarakat UTP ni sangat lah prihatin (terima kasih kpd akak yg hantar kami balik, abg2 yg tolong, intrnational friend yg bantu) serta housemate2(mira, ateh, nisah) ku yang datang..sungguh terharu, malam tu jugak diorang datang rumah bawak buah segala..terhalluuuu..sob3
sob3..

lastly, setelah berdiskusi, dan bermuhasabah, antara conclusion yang kami buat :
  • bila nak naik kenderaan, bacalah doa, disebabkan pertolongan daripada Allah lah kami takde pape walaupon jatuh agak teruk, motor lupakan tuan beb..huhu
  • bila naik motor, pakai helmet (aku sayang helmet comel aku,,terima kasih helmet..muahh)
  • pakai kasut
  • jangan speeding masa hujan
  • pakai pakaian yang menutup aurat, dapat kurangkan kecederaan (terima kasih handsock n stokin..hehe)

Memang, ini adalah satu musibah, tapi musibah itu penghapus dosa :) 
DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda: “Semoga!” Kemudian sabda baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Muslim)
Huraiannya, segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa seseorang mukmin adalah kaffarah (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.
Anas berkata, Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.” (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Thursday, 21 June 2012

SFDM 2.0 KINI KEMBALI!!

 
ASSALAMUALAIKUM!!

SFDM 2.0 kini kembali!

Inline image 1

sebarang persoalan, bolehlah calling2 nombor kat atas tu..oke,,don't shy2 to ask meh~

yohohoho...memang dah kembali, kalau countdown, dah boleh kira dengan 2 tangan,,hadoii,,tapi takpe, yang penting, hujung minggu ni aku balikk..weee~~

p/s: SELAMAT BERKAHWIN kepada abangku dan kak alia yang bakal akad nikah malam ni..sedih sebab takleh balik awal..sob3