Saturday, 14 July 2012

kita tetamu senja

Tetamu Senja ~ A. Samad Said


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
 
Pada tetamu yang datang dan 
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
 
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
 
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
 
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 








--> ce try cuba test hayati puisi ni, hayati betul2. hidup kita kat dunia ni sekejap je, sekeeeejap sangat, ingat lagi tak 10 tahun yg lalu, umur kita berapa? rasa sekejap sangat kan masa berlalu, kenangan 10 tahun/20 tahun yang lalu rasa macam baru je semalam. jom2 sama2 kita bermuhasabah, 'tomorrow never die'? takleh guna sangat benda ni, mungkin benar tomorrow never die(kalu tak kiamat), tapi mungkin kita yang 'die', siapa tahu? wallahualam~~


JOM TINGKATKAN IBADAH KITA!!!

MASA DAH TAK PANJANG!

Friday, 13 July 2012

sape dapat twrn msuk u??!!


-dikutip daripada Muhammad Rusydi punya facebook..weeee~~

  • selamat belajar!!!
  • ingatlah, kita belajar kerana Allah, so, belajar btoi3 yaaaa..heee~~
  • takde orangn nk msuk UTP ke??  T.T

*mls nk tulis pnjang..ngeh3

Sunday, 1 July 2012

UBAT HATI

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: "Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. 

  • Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. 
  • Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. 
  • Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. 
  • Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam 
  • dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."



NAK LAGI SYIOK, NAH DENGAR LAGU NIHH




OKE, SELAMAT MALAM KAWAN2~~TDO DLU, ESOK KUIZ YOBBB