Saturday, 24 December 2011

peringatan kepada peminat KPOP :)

assalamualaikum

rileks2, tarik nafas~~hembusss~~~fuhh..aku bukan nak marah2 or kutuk2 okey, chill3, sebenarnya aku pon minat jugak KPOP ni, hari2 duk ulang lagu2 korea neh, hehe tapi takdelah sampai fanatik giler2..korang mesti hafal kan lagu2 korea? alaa..samalah kita, tapi kita kena ingat hiburan kat dunia ni haruslah berpada-pada,,sajauh mana pun kita minat artis2 ni, jangan sampai kita mengagungkan mereka berbanding Allah s.w.t. dan nabi Muhammad s.a.w yang kita sanjungi, mereka tu (artis2), hanyalah manusia biasa seperti kita, makhluk ciptaan Allah s.w.t dan jangan sampai kita melupakan agama kita ek, jangan sampai kita mengabaikan rohani kita yang semakin kontang ni. nak dengar lagu? dengarlah, nak hafal lagu?hafallah, nak tengok cerita korea? tengoklah (tp kalau yg kissing scene or scene2 yg 18SX tu,,skip2 lah ye..maksiat mata tuh!lagipon, kesian kat hati kita..huhu),,

TAPI kita topup lah balik IMAN kita dengan baca alQuran tiap2 hari, bila masuk je waktu, pergi solat cepat2, pastu sambunglah balik, tak susah kan? dare yourself to do all those things ya :)) marilah bersama2 kita perbaharui iman kita dan perbanyakkan istighfar,
semoga kita sentiasa berada di landasan yang benar,
Ya Allah..bimbinglah hati-hati kami….sesungguhnya kami hanyalah hamba yang sering kali alpa dan lalai…
Ya Allah…janganlah KAU palingkan hatiku setelah KAU berikan hidayah kepada kami…amin…
p/s: peringatan untuk diri sendiri jugak...peace 


Thursday, 22 December 2011

UPSR->PMR->SPM

bila diriku dilambung ombak boring yang melampau, barulah aku update blog ni, haha,, hari ni result PMR keluar kan? "wep, ko dapat berapa A?", "wei, camne result?" dan banyak lagi lah soklan yang seumpanya yang ditujukan kepadaku..itu suatu ketika dahulu,,hehe,,masa muda2 dulu,,sekarang ni, haramjadah kalau ada orang tanya aku lagi pasal result periksa ni, memang aku sekeh jugak,,


aku ingat lagi, masa aku amek UPSR dulu, orang cakap, UPSR lah penentu jalan yang kita bakal pilih,,tapi bila amek PMR, orang cakap, PMR lah yang menentukan kemana kita lepas ni, tapi bila dah SPM, orang cakap, SPM lah yang menentukan hala tuju hidup kita yang sebenar,,tapi, bagi aku, SPM tak penting sangat pon..KENAPA?? sebabnya aku masuk UTP bukan guna result SPM, aku guna result trial..hahahhaha,,result SPM wat pekasam je kat rumah,,ngeh3,,tapi ingat satu perkara, semua yang ditentukan Allah pasti ada hikmahnya, result tak okey pon, ada hikmahnya..peace!!

“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalam dirinya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama  ada doa itu disegerakan makbul atau disimpan untuk  diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan  keburukan yang sepadan dengan doa tadi.” ( Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih ).

so, jangan sedih2 ye,,chill..P/s peringatan untuk diri sendiri jugak :))

Sunday, 27 November 2011

jangan cepat melatah

aku suka sangat quote ni, so jangan cepat melatah sekiranya kawan2 kita menegur..
------------------------------------------------------------------------------------------------------
❤ Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa 
❤ Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji 
❤ Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna

Hakikatnya ..~ 

❤ Dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya juga 
❤ Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga 
❤ Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka 
❤ Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT
❤ Dia juga MANUSIA 
❤ Bersangka baiklah , dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama (✿◠‿◠)



Friday, 18 November 2011

kala malam bulan mengambang

mengambang?aikk, bulan tak mengambang pon malam ni?haha,,tipu je, takde apa yang mengambang lor, badan mengembang ada ah(isu sensetif neh)..hahaha,
oitt,,dietku dah hancuss,,ngeee

okey3, it's time to be serious meh, no play2 around anymore,,final dah makin dekat, tapi aku tak prepare apa pon lagi. Hurmm..entahlaa, bila aku dengar lecturer aku duk komen pasal batch aku teruk (sometimes die ckp paling teruk, adoyaiii), aku rasa fed up lah pulak, sedihh tauu, geram pon ada gak, marah pon terselit sama~~tapi takpe, aku buat2 tak ingat jelah, senang citer,,ngeh3
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA 
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG 
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN 
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN 
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN 
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
okey, aku blah dulu ya bhaaa..tata

Tuesday, 1 November 2011

baru baru baru!!

huh? apa yang barunya??
haha, takde apa pon sebenarnya, saja2 nak kecoh sebab tak tahu nak tulis entri pasal apa, okey, sebenarnya aku tipu, memang ada apa2,,ngeh3,,aku tukar handphone baru, baru je tadi pegi amek kat kedai kat taman maju tu haa..aku beli CORBY 2 dengan harga RM290 sekali ngan memory card! haaa..murah kan?? dah merata aku ngan hawa duk cari benda alah ni, last2 jumpa la jugak yang murah..huhu..alhamdulillah..okey, got to go, nak study, esok ada 2 test and 1 quiz,,wish me luck!! tata :p

aku punya warna PINK!!

Saturday, 29 October 2011

HAWA yg ngek

setelah sekian lama aku tak update blog aku ni, akhirnya hari ni tebukak jugak pintu hatiku untuk mengupdatenya..haha..entri ni aku nak crita pasal housemate aku yg sorang ni, nama beliau HAWA NABILAH!!adoiyaii, aku rasa hari ni beliau boring la kot, dari tadi lagi duk sibuk edit gambar, pastu wat muka tak bersalah ja beliau gi tepek (tampal) kat wall fb aku,,haha,,

haaaa..kan dah tak pasal2 ja aku jadi 'The Most Wanted Criminal' hahaha
okey, bye,,nak study dulu,,next week exam boh,,huarghh

Wednesday, 24 August 2011

selamat hari raya!!


godaan suara, godaan suara, 1, 2, 3..testing,,
hai!!!SELAMAT HARI RAYA!!!

selamat hari raya maaf zahir dan batin :)
sedar tak sedar, hari ni dah 25 ramadhan..rasa macam baru ja start puasa, tup tup dah nak habis dah, dah nak raya dah pom..hurmm..esok aku balik rumah! dan esok jugak ada test Programming. tu yang kacau jiwa tuh..tak syiok laa bhaiii~~
c++ pon beraya jugakk..huhu

ngeh3..
tak sabar nak balik esok, habis je test pukul 2, aku terus chow!!