Monday, 9 April 2012

Birthday ku datang lagi :)

assalamualaikumm..
oyeahh!! alhamdulillah, akhirnya, umur aku dah cukup 19 tahun,,tahun terakhir untuk digelar sebagai remaja belasan tahun (sedikit perasan sedih disitu yee..),,terima kasih sangat2 kepada ma ngan ayah yang  membesarkan kami adik beradik yang dari kecik hinggalah besar gedabak ni, dan tak pernah jemu melayan kami yang banyak ragam dan perangai dan songeh. tapi aku baik je. kalau ada anugerah anak paling baik, mesti aku menang!! hahaha..astaghfirullahalazim, riak..

“Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil.”


hurmm..pernah tak korang terfikir, macam mana nak besarkan anak seramai 9 orang? haduihh..aku rasa, nak besarkan sorang anak pon dah terkelontang-kelantung, haru-biru-buru (bahasa baru)..susah babe. kalau tak caya, try ah,,beranak 9 orang, pastu try jaga dari kecik sampai besar,,hehe, pastu bagitau kat aku result experimentnya gimana yaa..haha..sebab TU lah aku respect sangat ngan parents aku ni, saaayaaanggg ma..sanyaangggg ayah,,tiba2 rindu nak balik rumah lah pulekkk..hadoi, okey, bubai, nak nangis jap (homesick) ~.~


haaa..

MY BIRTHDAY CAKE!! percaya ke?? tipu je lah,,ni cake encik google..hehe

ni lah kek birthday yg sebenar!! hahaha..beli kat cafe v2, singgit stu

p/s: pesanan dari seorang sahabat yang berjaya menginsafkan aku sekejap "ingatlah, semakin meningkat usia kita, semakin dekat diri kita dengan kematian" ouchh,,terkesan

Saturday, 7 April 2012

pakai PURDAH, tapi bonggol UNTA

okey, pernah tengok tak unta? tak pernah? alaa,,dlm tv ke, takkan tak pernah tengok? haaa..kira pernah lah tuh...tapi, kalau nak tengok sekali lagi, meh aku tunjuk bestfriend korang nihh
*
*
*
*
*
*
haii, saya model anda hari ni,,sila tiru mcm saya yeerrr..ahakss


so, macam mana? dah kenal??hahahha
okeylah, sebenarnya, aku baru je lepas survey2 cerita sekarang..maklumlah kan, hujung minggu, ni jelah masanya nak tengok cerita2 or movie2 ayam nih..tiba2 mata terpandang, terpegun, tertarik, terlihat, terexcited dan teringin nak tengok cerita 7 PETALA CINTA..


wow! islamic gitu bhaa..pelakon dia cun habess ah, memang nekad ah nak  download nih, pakai purdah lagi tu babe...srrkkkkkkk (bunyi CD rosak)..makkkk oiii!! apa atas kepala dia tuh?? BESTFRIEND korang tadi laa..encik unta rupanya..hehe..sabar je lah..terus tak jadik aku nak tengok..ala encik pengarah ni, tahu lah bonggol unta tu dah macam trend sekarang, tapi agak2 ah, orang tiru tauu. lagi2 yang tak tau hukum pakai bonggol unta tuh..frust lah gini..takpelah, think positive, bersangka baik..maybe encik pengarah terlepas pandang letteww..

unta pakai purdah lagi lawa kot..hehe..
gurau je, jgn amek hati lakk..
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.
Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212.

walau apa pun, semoga kita tidak tergolong dalam golongan penghuni neraka yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. amin~~

Saturday, 24 December 2011

peringatan kepada peminat KPOP :)

assalamualaikum

rileks2, tarik nafas~~hembusss~~~fuhh..aku bukan nak marah2 or kutuk2 okey, chill3, sebenarnya aku pon minat jugak KPOP ni, hari2 duk ulang lagu2 korea neh, hehe tapi takdelah sampai fanatik giler2..korang mesti hafal kan lagu2 korea? alaa..samalah kita, tapi kita kena ingat hiburan kat dunia ni haruslah berpada-pada,,sajauh mana pun kita minat artis2 ni, jangan sampai kita mengagungkan mereka berbanding Allah s.w.t. dan nabi Muhammad s.a.w yang kita sanjungi, mereka tu (artis2), hanyalah manusia biasa seperti kita, makhluk ciptaan Allah s.w.t dan jangan sampai kita melupakan agama kita ek, jangan sampai kita mengabaikan rohani kita yang semakin kontang ni. nak dengar lagu? dengarlah, nak hafal lagu?hafallah, nak tengok cerita korea? tengoklah (tp kalau yg kissing scene or scene2 yg 18SX tu,,skip2 lah ye..maksiat mata tuh!lagipon, kesian kat hati kita..huhu),,

TAPI kita topup lah balik IMAN kita dengan baca alQuran tiap2 hari, bila masuk je waktu, pergi solat cepat2, pastu sambunglah balik, tak susah kan? dare yourself to do all those things ya :)) marilah bersama2 kita perbaharui iman kita dan perbanyakkan istighfar,
semoga kita sentiasa berada di landasan yang benar,
Ya Allah..bimbinglah hati-hati kami….sesungguhnya kami hanyalah hamba yang sering kali alpa dan lalai…
Ya Allah…janganlah KAU palingkan hatiku setelah KAU berikan hidayah kepada kami…amin…
p/s: peringatan untuk diri sendiri jugak...peace 


Thursday, 22 December 2011

UPSR->PMR->SPM

bila diriku dilambung ombak boring yang melampau, barulah aku update blog ni, haha,, hari ni result PMR keluar kan? "wep, ko dapat berapa A?", "wei, camne result?" dan banyak lagi lah soklan yang seumpanya yang ditujukan kepadaku..itu suatu ketika dahulu,,hehe,,masa muda2 dulu,,sekarang ni, haramjadah kalau ada orang tanya aku lagi pasal result periksa ni, memang aku sekeh jugak,,


aku ingat lagi, masa aku amek UPSR dulu, orang cakap, UPSR lah penentu jalan yang kita bakal pilih,,tapi bila amek PMR, orang cakap, PMR lah yang menentukan kemana kita lepas ni, tapi bila dah SPM, orang cakap, SPM lah yang menentukan hala tuju hidup kita yang sebenar,,tapi, bagi aku, SPM tak penting sangat pon..KENAPA?? sebabnya aku masuk UTP bukan guna result SPM, aku guna result trial..hahahhaha,,result SPM wat pekasam je kat rumah,,ngeh3,,tapi ingat satu perkara, semua yang ditentukan Allah pasti ada hikmahnya, result tak okey pon, ada hikmahnya..peace!!

“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalam dirinya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama  ada doa itu disegerakan makbul atau disimpan untuk  diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan  keburukan yang sepadan dengan doa tadi.” ( Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih ).

so, jangan sedih2 ye,,chill..P/s peringatan untuk diri sendiri jugak :))

Sunday, 27 November 2011

jangan cepat melatah

aku suka sangat quote ni, so jangan cepat melatah sekiranya kawan2 kita menegur..
------------------------------------------------------------------------------------------------------
❤ Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa 
❤ Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji 
❤ Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna

Hakikatnya ..~ 

❤ Dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya juga 
❤ Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga 
❤ Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka 
❤ Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT
❤ Dia juga MANUSIA 
❤ Bersangka baiklah , dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama (✿◠‿◠)



Friday, 18 November 2011

kala malam bulan mengambang

mengambang?aikk, bulan tak mengambang pon malam ni?haha,,tipu je, takde apa yang mengambang lor, badan mengembang ada ah(isu sensetif neh)..hahaha,
oitt,,dietku dah hancuss,,ngeee

okey3, it's time to be serious meh, no play2 around anymore,,final dah makin dekat, tapi aku tak prepare apa pon lagi. Hurmm..entahlaa, bila aku dengar lecturer aku duk komen pasal batch aku teruk (sometimes die ckp paling teruk, adoyaiii), aku rasa fed up lah pulak, sedihh tauu, geram pon ada gak, marah pon terselit sama~~tapi takpe, aku buat2 tak ingat jelah, senang citer,,ngeh3
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA 
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG 
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN 
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN 
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN 
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
okey, aku blah dulu ya bhaaa..tata

Tuesday, 1 November 2011

baru baru baru!!

huh? apa yang barunya??
haha, takde apa pon sebenarnya, saja2 nak kecoh sebab tak tahu nak tulis entri pasal apa, okey, sebenarnya aku tipu, memang ada apa2,,ngeh3,,aku tukar handphone baru, baru je tadi pegi amek kat kedai kat taman maju tu haa..aku beli CORBY 2 dengan harga RM290 sekali ngan memory card! haaa..murah kan?? dah merata aku ngan hawa duk cari benda alah ni, last2 jumpa la jugak yang murah..huhu..alhamdulillah..okey, got to go, nak study, esok ada 2 test and 1 quiz,,wish me luck!! tata :p

aku punya warna PINK!!